Wednesday, 25 September 2013

Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak Telah Kembali Ke Rahmatullah Jam 11.10 Pagi.. 26/09/2013



Innalillah hi wainna ilai hi rohjiun...

Dari Allah kita datang dan kepada allah kita akan dikembalikan....

Ustaz Azizan Abdul Razak telah kembali kerahmatullah jam 11.10 pagi tadi...


Al Fatihah


"Wahai Allah, ampunilah pemimpinku Ustaz Haji Azizan, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya."

Saturday, 14 September 2013

Polis tembak isteri, bapa mertua

Polis tembak isteri, bapa mertua - Sinar Harian
  • Polis tembak isteri, bapa mertua Polis tembak isteri, bapa mertua
1 / 1
LEDANG - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di Felda Chempelak, Labis dan di Kampung Padang Lerek 1, di sini malam tadi.

Isteri suspek berusia 26 tahun itu merupakan seorang kerani sekolah di Bandar Tangkak di sini manakala bapanya seorang iman di Kampung Padang Lerek 1, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer.

Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Suspek kemudian bertindak menembak diri sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah bapa mertua, manakala bapa mertua yang cedera parah akibat terkena tembakan dikejarkan ke Hospital Daerah di sini tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.15 malam.

Sementara itu seorang jiran mangsa, yang enggan dikenali, berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi letupan dan salah seorang anak lelaki mangsa tiba-tiba datang ke rumahnya memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya amat terkejut dan memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah mangsa dan apabila masuk, saya lihat dua tubuh terbaring di ruang tamu berlumuran darah.

"Iman itu ketika itu berada dalam keadaan terlentang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja," katanya yang bertindak menghubungi polis dan ambulans sejurus selepas itu.

Katanya, sebelum itu beliau ada melihat suspek pulang ke rumah bapa mertuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah Proton Wira sebelum salah seorang anak perempuan Iman itu keluar bermain-main bersama anak suspek.

Sementara itu, jenazah suspek dan bapa mertuanya dibawa ke bilik mayat Hospital Daerah Ledang di sini manakala sepasukan anggota forensik masih menjalankan siasatan di rumah kejadian di Kampung Padang Lerek 1 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris turut berada di tempat kejadian, namun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

Wednesday, 4 September 2013

HOMESTAY CERIA, BACHOK, KELANTAN.

HOMESTAY CERIA , BACHOK, KELANTAN.



https://www.facebook.com/pages/Homestay-CERIA/146540582215770?ref=hl
Website: http://www.kubics.ws/homestayceria.html
HUBUNGI KAMI DITALIAN : 010-9022098 / 0139700197




Roti canai, teh tarik naik 20 sen

GEORGE TOWN - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.
Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.
Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50.
Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Monday, 2 September 2013

MERUSUH DI STESEN MINYAK




PROGRAM IBADAH KORBAN YaPEIM



SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN BERSAMA YaPEIM BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN : 019-2284134



PERSATUAN PAN-MALAYSIA GLOBAL TAEKWON-DO KELANTAN (PGTF KELANTAN)

Nombor Pendaftaran Pejabat Pesuruhjaya Sukan :6294/2013 diluluskan pada 17 Julai 2013. PGTF Kelantan adalah Persatuan Negeri bagi Taekwon-Do aliran GTF di Negeri Kelantan.

facebook: https://www.facebook.com/gtf.kelantan

like page: https://www.facebook.com/pgtfkelantan?ref=hl







Sunday, 1 September 2013

MENARIK!!! PORTAL UNTUK KEMUDAHAN PENGUNJUNG DI KELANTAN DARUL NAIM

Selamat datang ke laman Portal Kubics. Kami ingin mempelawa mana-mana usahawan  di Kelantan untuk menyertai kami di portal ini.Portal ini dibangunkan sebagai platform untuk :

  • menghimpun semua usahawan di negeri Kelantan khasnya di dalam satu rangkaian.
  • memudahkan pelancong/pengunjung merancang destinasi membeli belah/percutian.
  • memastikan kewujudan perniagaan usahawan diketahui umum.
  • membantu memasarkan produk / perkhidmatan setiap usahawan secara lebih meluas.
  • memberi pendedahan kepada  usahawan tentang keberkesanan teknologi it di dalam perniagaan.

Anda boleh melayari : http://kubics.ws/index.html

LEMAS ! Anak tenggelam depan mata

  • Anak tenggelam depan mata  
  • Anggota bomba dan agensi lain berkumpul di jeti bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Gambar kecil: Muhammad Badrul Amin.
  • Anak tenggelam depan mata  
  • Anggota bomba bersiap sedia bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.
  • Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad 
  •  Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad (kiri) dan Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman (tengah) bertanya sesuatu kepada salah seorang bapa mangsa, Norisham.
  • Anggota bomba menerangkan tentang operasi mereka kepada Wan Khair-Il. 
  •  Anggota bomba menerangkan tentang operasi mereka kepada Wan Khair-Il.
MANONG - “Dalam, dalam.” Itu jeritan terakhir seorang mangsa lemas, Muhammad Fais Norisham, 14, di saat dia terkapai-kapai sebelum tenggelam ketika mandi-manda di sebuah sungai di Kampung Mandah, di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norisham Ishak, 39, dia yang berada di tempat kejadian sewaktu kejadian, dia sempat terjun ke sungai bagi menyelamatkan anaknya.

Tetapi malang, usaha tersebut gagal kerana Fais sudah tenggelam dan gagal dikesan.

“Masa anak saya lemas, saya memang ada berhampiran dengan dia dan melihat dia serta empat orang lain mandi bersama di sana.

“Tiba-tiba, saya dengar Fais jerit ‘..dalam, dalam..’ dan saya nampak tangan dia terkapai-kapai sebelum dia tenggelam. Sepupu dia, Badrul cuba nak selamatkan dia tapi dia juga turut lemas,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, dua remaja, Muhammad Fais, 14 dan Muhammad Badrul Amin Muhammad Nazri, 17 maut sewaktu sedang bermandi-manda di Sungai Perak, di sini.

Mayat Badrul telah dijumpai satu kilometer dari tempat kejadian manakala mayat Muhammad Fais masih belum dijumpai setakat jam 8 malam, semalam.

Ketika menceritakan kejadian, Norisham memberitahu kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan ia berlaku di hadapan matanya serta ahli keluarganya yang lain.

“Masa itu memang ramai saudara mara ada di sini melihat mereka mandi. Masa mereka lemas, kami cuba untuk membantu tapi tidak berjaya kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

“Saya gunakan bot yang ada di situ dan berjaya menyelamatkan seorang daripada mereka. Dia selamat pun sebab berpaut pada bot. Masa itu kami nampak kepala hanyut tapi tak tahu siapa yang hanyut itu,” katanya.

Dia yang kelihatan sugul berasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan anak ketiganya itu dari lemas.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang kebetulan lalu di situ bertindak membantu mangsa apabila melihat keluarga mangsa menjerit meminta tolong dan ada antara mereka yang menangis.

Saya terus capai buluh dan hulur pada salah seorang mangsa. Dia dapat berpaut pada buluh itu dan saya tarik dia bawa ke tepi. Saya lihat ada juga orang kampung yang cuba selamatkan mangsa yang lain,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat diketuai pasukan Bomba dan Penyelamat dari Kuala Kangsar serta Ipoh dan dibantu agensi penyelamat lain.

Arus deras sukar operasi menyelamat Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar, Ismail Darus menjelaskan pihaknya menghadapi kesukaran untuk mengesan mangsa disebabkan arus air yang deras.

“Daripada maklumat yang kami terima, seorang mangsa telah berjaya ditemui dan kami masih mencari seorang lagi mangsa.

Agak sukar kerana arus deras membuatkan kedudukan mangsa sukar dikesan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohamad pula berkata, mangsa pertama dijumpai pada jam 4.01 petang oleh orang kampung ketika mereka memeriksa pukat.

“Mayat mangsa pertama dijumpai tersangkut di pukat yang dipasang penduduk kampung yang berada satu kilometer dari tempat kejadian.

“Kemudian mereka memberitahu keluarga mangsa dan keluarga mereka melakukan pengecaman dan mengesahkan itu adalah Muhammad Badrul Amin,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair- Il Anuar Wan Ahmad dan Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman turut hadir ke tempat kejadian bagi meninjau keadaan.

Wan Khair-Il juga menyaran ibu bapa supaya memantau setiap pergerakan anak mereka ketika mereka pulang ke kampung yang terletak berhampiran dengan sungai.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat pada hari ini (semalam). Tapi mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk sampai ke sini.

“Jadi kalau ada Jambatan Manong, pasukan penyelamat boleh sampai 30 minit lebih awal ke sini. Saya harap pihak kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan Jambatan Manong supaya dapat pasukan penyelamat dapat membantu dengan lebih cepat,”
katanya.

HOMESTAY CERIA , BACHOK, KELANTAN.




https://www.facebook.com/pages/Homestay-CERIA/146540582215770?ref=hl
Website: http://www.kubics.ws/homestayceria.html
HUBUNGI KAMI DITALIAN : 010-9022098 / 0139700197





Remaja maut kepala digilis motosikal

  • Orang ramai membantu mengangkat mayat mangsa. 
  •  Orang ramai membantu mengangkat mayat mangsa.
BALING - Seorang remaja maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya parah akibat digilis oleh sebuah motosikal dalam kejadian kemalangan di Jalan Baru Kampung Padang, Kuala Pegang kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Mangsa, Mohamad Hafiz Abdul Wahab, 16, dari Kampung Charok Bemban, Mukim Pulai, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, mangsa yang juga penunggang motosikal terbabas seterusnya terjatuh di laluan bertentangan.
Menurutnya, mangsa kemudiannya digilis oleh sebuah motosikal lain yang datang dari arah bertentangan jalan tersebut.

“Mangsa bersama lebih kurang 15 penunggang motosikal lain dari arah Kampung Padang- Kampung Tas, manakala penunggang motosikal yang melanggar itu dari arah Kampung Tas- Kampung Padang.

“Kita percaya, mangsa tergesel dengan penunggang motosikal lain yang juga rakan-rakannya sebelum terjatuh di laluan bertentangan,” katanya.

Mat Daud berkata, penunggang motosikal yang melanggar mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Baling untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya. Mangsa yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Syed Abu Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Bemban kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Mat Daud berkata, pihaknya berharap agar ibu bapa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelak berlakunya kejadian tidak dingini.

“Kita mendapat banyak aduan mengenai jalan terbabit yang sering digunakan untuk melakukan aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja. Keadaan ini bukan sahaja mengancam nyawa mereka, tetapi pengguna lain,” katanya.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, memandu sehingga mengakibatkan kematian.

Banana boat terbalik: 1 parah, 2 cedera

  • Banana boat terbalik: 1 parah, 2 cedera  
  • Salah seorang mangsa menerima rawatan kecemasan.
  • Harun 
  •  Harun
TELOK KEMANG – Tujuh pekerja kontrak berhadapan detik cemas apabila banana boat yang dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pantai Telok Kemang, semalam.

Kejadian itu menyebabkan seorang parah, dua cedera manakala empat lagi selamat.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Harun, 32, berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan kesemua mereka terjatuh ke dalam laut.

Menurutnya yang masih trauma, kejadian itu berlaku selepas bot yang menunda banana boat itu terlibat kemalangan dengan sebuah bot lain.

“Kami yang ada di atas banana boat terjatuh dan terpelanting ke dalam laut. Mujur kami semua memakai jaket keselamatan dengan betul jika tidak pasti ada antara kami yang lemas memandangkan ada tidak tahu berenang.

“Ketika jatuh ke laut, saya dapat rasakan pipi kiri terkena sesuatu yang tajam mungkin kipas bot,” katanya.

Harun berkata, dia bersama 11 rakannya datang dari Batu Pahat dan bercuti di Telok Kemang sempena cuti umum Hari Merdeka.

“Kami bernasib baik kerana sejurus kejadian beberapa pengusaha bot dan orang awam memberikan bantuan dan segera membawa kami ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengusaha bot, Khairul Amy Rosman, 34, berkata, dia bersama beberapa rakan segera memberikan bantuan sejurus melihat kejadian itu.

“Kesemua mereka terapung dia atas air sebelum kami mengangkatnya ke bot dan dihantar ke hospital,” katanya.

Pengedar dadah kemalangan

  • Pengedar dadah kemalangan 
  •  Kereta Mitsubishi ini yang dinaiki dua lelaki disyaki pengedar dadah terlibat dalam kemalangan, semalam.
KOTA BHARU- Dua lelaki disyaki pengedar dadah ditahan, selepas terlibat dalam kemalangan di Batu 3, berhampiran stor kayu Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, di sini, pagi semalam.

Dalam kemalangan itu kereta Mitsubishi Lancer yang menghala ke Kota Bharu dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu sebelum merempuh lori yang diparkir di tepi bahu jalan.

Akibat kejadian itu, kereta terbabit berpusing beberapa kali sebelum merempuh lori berkenaan, bagaimanapun pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kedua-duanya masing-masing berusia 31 dan 37 tahun, pernah ditahan berhubung kes dadah dan setakat ini mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Mereka kini disiasat disebabkan terdapat lima paket serbuk putih di dalam kereta yang disyaki dadah jenis syabu.

“Semasa tangkapan dilakukan, suspek cuba membuang dadah terbabit dari kereta berkenaan keluar tingkap, namun berjaya dikesan polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azham berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit dan ketika ditahan kedua-duanya dalam pengaruh dadah jenis methamphetamine Sementara itu, pemandu lori terbabit, Mohd Zin Mohd Nawi 43, berkata, semasa kejadian kira-kira jam 9.15 pagi dia sedang membaiki pintu kedai yang rosak di bahagian belakang stor kayu majikannya.

“Saya dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan terus bergegas keluar. Saya melihat kereta Mitsubishi Lancer dengan dua pemuda berusia dalam lingkungan 30-an yang berada dalam kereta tapi tidak mengalami kecederaan.

“Apa yang lebih mengejutkan, di dalam kereta itu ada beberapa paket serbuk putih yang disyaki dadah. Anggota polis dengan kereta peronda tiba di tempat kejadian terus menahan dua lelaki itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mak nyah sertai perbarisan??

  • Mak nyah sertai perbarisan 
  •  Paula
  • Mak nyah sertai perbarisan 
  •  Seramai 12 Mak Nyah diberi peluang menyertai perbarisan Hari Kebangsaan ke-56 ketika raptai di padang MPK1, Kuantan, semalam.
KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.

ANAK MERDEKA ??? Berbaju kurung ke pesta arak merdeka


  • Berbaju kurung ke pesta arak merdeka 
  •  Penguat kuasa Jawi menyita minuman keras sebagai bukti kes.
KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

APA NAK JADI!!!! Budak Tingkatan 2 Salah Seorang Dicekup Kantoi Khalwat Malam Merdeka

kantoi-khalwat-malam-merdeka1
Budak Tingkatan 2 Salah Seorang Dicekup Kantoi Khalwat Malam Merdeka | SUNGAI PETANI – Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing pada awal pagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.
Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.
Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.
Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu.
“Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.
Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.
Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.
Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.
Beri pelbagai alasan
Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.
Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.
Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.
Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.
“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.
Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.
Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.
Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.
Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.
kantoi2-khalwat-malam-merdeka
Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.
Rumah sewa turut diserbu
Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.
Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.
Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.
Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.
Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.
Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.
Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.
Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.
Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu. – Sinar Harian

Lori melekat pada treler

SETIU - Seorang pemandu lori satu tan membawa muatan durian maut setelah kenderaan dipandunya bertembung sebuah treler pengangkut kenderaan di Kilometer 37.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Sungai Tong), di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa, Sukiman Abdullah, 40, berasal dari Paka, Dungun, bukan sahaja cedera parah di bahagian kepala tetapi turut tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila treler pengangkut kenderaan dipandu Zulkeflly Abd Latib, 44, berasal dari Pulau Pinang, hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Treler tersebut dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu dan sebaik tiba di lokasi kejadian, dipercayai pemandu hilang kawalan akibat jalan licin. Kenderaan ini kemudiannya merempuh pengadang jalan di sebelah kiri sebelum masuk ke laluan
bertentangan.

“Akibatnya treler ini bertembung lori dipandu mangsa. Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala serta tersepit di tempat duduknya,” katanya.

Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Izani Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.27 petang dan bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera bersama kekuatan enam anggota.

“Tiba di lokasi, didapati treler terbabit seolah-olah melekat dengan bahagian hadapan lori satu tan dinaiki mangsa serta melintang jalan hingga tidak boleh dilalui kenderaan. Masa diambil untuk keluarkan mangsa dari kenderaan dipandunya yang remuk ialah kira-kira 20 minit,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, lalu lintas turut sesak sejauh beberapa kilometer di kedua-dua arah hingga menyebabkan pemandu keluar dari kenderaan untuk berehat di kaki lima jalan susulan perjalanan tidak dapat diteruskan.

Selain itu ratusan durian juga bertaburan.

AIRMATA RASULULLAH SAW

AIRMATA RASULULLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahula...h ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ma...

Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ma...: Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan ...